KUALA LUMPUR – Penyampai radio hot FM, Shuk Sahar yang mencetuskan kontroversi berhubung masalah rumah tangganya akhirnya tampil membuat kenyataan setelah beberapa hari berdiam diri.
Menerusi perkongsian di Instagram, Shuk turut mengakui situasi yang berlaku itu adalah kesalahan dan kesilapannya sendiri.
“Setiap orang melakukan kesalahan dan ini adalah kesalahan dan kesilapan saya.
“Ye bukan senang dan bukan mudah untuk jernihkan air yang telah keruh,” tulisnya dalam posting yang dimuat naik.
Sebelum ini Shuk berhadapan kontroversi apabila isterinya sendiri mendedahkan mengenai dirinya yang masih berhubung dengan wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh.
Selain itu, khidmatnya selaku penyampai radio Hot FM juga telah digantung serta-merta akibat kontroversi berkenaan. – MalaysiaGazette