Home Sukan Odegaard dipinjamkan ke Arsenal

Odegaard dipinjamkan ke Arsenal

Martin Odegaard.

LONDON – Pemain tengah Real Madrid, Martin Odegaard sah menjadi milik Arsenal secara pinjaman sehingga penghujung musim ini.

Pemain berusia 22 tahun itu telah membuka mata banyak pihak apabila beraksi cemerlang bersama Real Sociedad pada musim lalu.

Namun sejak kembali semula ke Real pada musim ini, dia bergelut untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama.

Ini kerana kerana Zinedine Zidane masih meletakkan pergantungan yang tinggi kepada pemain-pemain senior seperti Luka Modric dan Toni Kroos.

Odegaard jelas tidak gembira dengan keadaan tersebut yang membantutkan perkembangan kariernya dan telah meminta pihak kelab untuk sekali lagi meminjamkannya ke kelab yang dapat menjanjikannya minit permainan. – MalaysiaGazette