ACEH – Dua lelakiĀ dirotan secara terbuka di sini selepas didapati menjalinkan hubungan sejenis.
Kedua-duanya menerima 77 kali sebatan di hadapan orang ramai di Banda Aceh.
Perlakuan mereka itu dilaporkan oleh jiran pada bulan November lalu.
Kedua-dua mereka didapati sedang melakukan hubungan seks ketika bilik sewa mereka diserbu oleh penduduk setempat, kata pemangku Ketua Polis Syariah Aceh, Heru Triwijanarko.
Aceh adalah satu-satunya wilayah Indonesia yang menerapkan hukum Islam sepenuhnya.
Kedua-dua pesalah, masing-masing berusia 27 dan 29 tahun itu kelihatan menahan kesakitan ketika disebat oleh penguatkuasa yang memakai jubah dan pelitup muka.
Mereka dipukul di punggung dengan menggunakan tongkat rotan.
Salah seorang ibu kepada lelaki tersebut pengsan ketika melihat anaknya dihukum.
Dalam hukuman berasingan emapat lelaki turut dikenakan hukuman.
Seorang wanita dan pasangannya dikenakan hukuman 20 sebatan kerana berada berdua-duaan manakala dua lelaki lagi dikenakan 40 sebatan kerana mabuk.
Hukuman kepada pasangan sejenisĀ adalah kali ketiga dilaksanakan di Aceh selepas undang-undang Islam diperkenalkan pada tahun 2015. – MalaysiaGazette
bagusnya dapaT dilaksanakan di negara ini hukuman seperti KES LIWAT ZINA LGBT ARAK JUDI LACUR TUKAR JANTINA.