KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 dan RON95 masing-masing kekal pada paras RM2.20 dan RM1.90 seliter
bagi tempoh 30 Januari 2021 sehingga 5 Februari 2021.
Manakala harga runcit diesel turun sebanyak 2 sen seliter iaitu daripada RM2.09 seliter kepada RM2.07 seliter.
Kementerian Kewangan berkata, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette