KUALA LUMPUR – Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan penyertaan seorang pemain muda yang kini bersama sebuah kelab di England.
Menurut laman Facebook Johor Southern Tigers, JDT telah mencapai persetujuan untuk menandatangani pemain kacukan Malaysia, Nathaniel Shio Hong Wan dari kelab Wolverhampton Wanderers atau lebih dikenali Wolves.
Perjanjian ini tertakluk kepada kejayaan permohonan kerakyatan Malaysia dan akan bermula apabila kontrak semasa beliau tamat pada bulan Jun.
Pemain itu yang lahir di London merupakan kacukan Malaysia-China melalui ibunya yang berasal dari Tangkak, Johor sebelum ini beraksi untuk kelab Yeovil Town. – MalaysiaGazete