Home Seni Hidup Nampak muda, DJ Lin buat muka?

Nampak muda, DJ Lin buat muka?

Wajah terbaharu DJ Lin.

KUALA LUMPUR – Menjadi selebriti artis bukanlah mudah. Walaupun bakat menjadi perkara utama yang perlu dititikberatkan, namun tidak dinafikan paras rupa dan imej turut memainkan peranan penting bagi mengekalkan nama dalam arena hiburan.

Apa yang pasti, peminat juga inginkan selebriti yang sedap dipandang dari segi luaran.

Jadi, tidak hairan ramai artis sanggup menghabiskan ribuan ringgit sebulan demi memastikan penampilan mereka sentiasa berada dalam keadaan baik.

Ada antara mereka sanggup menghabiskan ribuan ringgit sebulan semata-mata mahu kelihatan ‘cantik’ terutama untuk mendapat kulit muka yang licin dan halus serta nampak muda.

Namun berlainan dengan penyampai radio popular yang mesra dengan panggilan DJ Lin. Wanita berusia 45 tahun ini mengakui dia kurang menitik berat penjagaan kulit muka.

Wanita bersuara romantis yang juga Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33 memberitahu, ini kerana rutin harian yang sibuk bermula pagi hingga ke tengah malam.

“Siang sampai malam saya di pejabat dan hujung minggu bersama dan akui kurang beri perhatian pada kulit muka

“Biasanya bila balik kerja, saya guna tisu basah untuk buang solekan di wajah dan tidur. Saya bukan jenis wanita yang terlalu mementingkan wajah seperti pakai scrub apatah lagi mask.

“Saya tiada masa hendak habiskan masa dua jam macam orang lain kerana sampai di rumah pun sudah 1 pagi kerana program Suria Cinta di Suria FM tamat 12 malam,” katanya ketawa kecil.

DJ Lin mengendalikan program Suria Cinta di Suria FM antara Ahad hingga Jumaat sejak stesen radio itu ditubuhkan pada 2005.

Bagaimanapun ibu tunggal ini mengakui segala berubah selepas dia bertemu dengan pengasas Idealyst Clinic, Dr Aidil Azry Datuk Mokhtar.

Katanya, apa yang terjadi semua kebetulan kerana sudah banyak klinik dan konsultan kecantikan wajah yang mengajak untuk membuat rawatan di tempat mereka.

“Sebelum ini memang saya sibuk dan mungkin sudah jodoh dengan Idealyst Clinic. Walaupun sibuk ketika itu, saya lari sekejap buat rawatan pada hujung minggu di Idealyst Clinic KL Trillion untuk buat beberapa rawatan termasuk Plasma Kaya Platelet (PRP),” katanya yang merupakan kelahiran Johor Bahru.

DJ Lin memberitahu, selepas melakukan rawatan tersebut, ramai rakan yang bertemunya telah memuji perbezaan yang ketara berbanding sebelum ini.

Jelasnya, dia sendiri turut merasakan wajah lebih segar dan licin serta nampak lebih muda.

“Rawatan PRP ini kalau sesiapa tidak pernah buat memang rasa ngeri tetapi sebenarnya tidak sakit. Ini kerana ia menggunakan darah kita sendiri yang diproses dan cecair yang tinggal akan disapukan di muka kita menggunakan jarum yang sangat halus.

“Malah muka kita terlebih dahulu akan disapu dengan krim bius untuk mengelakkan rasa sakit,” katanya.

DJ Lin mengakui buat rawatan Plasma Kaya Platelet (PRP).

Sementara itu, Dr Aidil memberitahu, PRP adalah rawatan yang selamat kerana tidak menggunakan bahan lain kecuali sel stem daripada badan sendiri.

Oleh yang demikian katanya, tidak timbul masalah alahan atau kes sampingan yang lain.

“Sel stem ialah satu-satunya sel yang memiliki keupayaan untuk memperbaharui dan menambah kolagen serta mempunyai fungsi khusus untuk memperbaharui dan memperbaiki kulit.

“Tubuh merangsang sel kulit untuk menghasilkan protein, karbohidrat dan lipid bagi mengurangkan garis halus dan kedutan, di samping mengembalikan serta mengekalkan keanjalan kulit,” katanya.

Orang ramai yang berminat membuat rawatan PRP atau maklumat lanjut, boleh menghubung talian +603-2733 7307. – MalaysiaGazette