Home Politik Thaipusam: Terima kasih semua – DSK

Thaipusam: Terima kasih semua – DSK

Temubual bersama Pemegang Amanah Kuil Sri Mahamariamman, Datuk Sivakumar Nadraja di Pertubuhan Kebajikan Kanak-Kanak Heavenly, Puchong, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 08 NOVEMBER 2020.

KUALA LUMPUR – Walaupun Thaipusam yang disambut dengan norma baharu namun ia cukup bermakna untuk penganut agama Hindu.

Negara yang masih berdepan dengan penularan Covid-19 cuba sedaya upaya melakukan yang terbaik dengan membenarkan pendati Dewa Murugan diarak dari kuil Jalan Bandar ke Batu Caves.

Pemegang Amanah Kuil Sri Maha Mariamman Devasthanam, Datuk Sivakumar Nadarajah  berkata, semua pihak berkompromi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

Anggota polis mengawal di perkarangan Kuil Sri Subramaniar Swamy sempena sambutan Thaipusam semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Batu Caves, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 28 JANUARI 2021.

“Pertama sekali saya ingin ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Ismail Sabri, Tan Sri Annuar Musa, Datuk Halimah Saddique kerana memahami kepentingan ritual serta tradisi upacara Thaipusam ini dan memberi kebenaran kepada permohonan kami.

“Juga ucapan terima kasih kepada Datuk Seri M Saravanan dan Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran yang sejak dari awal lagi memberi fokus serta keutamaan untuk sambutan ini. Tanpa sokongan mereka tidak mungkin kami mampu teruskan tradisi ratusan tahun ini.

“Tidak lupa juga kepada Tan Sri Nadarajah walaupun berdepan dengan pelbagai kritikan dengan cubaan dalam cuba meneruskan amalan serta upacara dengan keadaan pandemik akhirnya membuahkan hasil, terima kasih,” katanya.

Pergerakan pedati dari Kuil Sri Maha Mariamman untuk dibawa ke Kuil Sri Subramaniaswamny di Batu Caves diiringi Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena sambutan Thaipusam semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 27 JANUARI 2021.

Sivakumar juga melahirkan penghargaan kepada golongan barisan hadapan terutamanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta sukarelawan lain termasuk ahli jawatankuasa kuil.

“Ada juga pihak tidak bertanggungjawab cuba menimbulkan keadaan tidak senang namun semuanya telah ditangani dengan cukup baik sebenarnya, kerajaan ini sememangnya telah membenarkan kita untuk bebas beragama tanpa ganggu gugat masyarakat majmuk.

“Kadangkala dengan melakukan perkara sia-sia untuk terus menggangu fikiran rakyat untuk agenda peribadi masing-masing sememangnya sungguh mengecewakan,” ujarnya.

Pengerusi Kuil Sri Maha Mariamman Dhevasthanam, Tan Sri R.Nadarajah bercakap pada sidang media sempena perayaan Thaipusam di Pejabat Tan Sri R.Nadarajah, Batu Caves, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 25 JANUARI 2021.

Sebelum ini timbul isu perarakan pendati arca Dewa Murugan dari Jalan Tun H S Lee, di sini, ke kuil Sri Subramaniam di Batu Caves, namun ia diselesaikan dengan rundingan.  – MalaysiaGazette