Home Ekonomi IMF unjur pertumbuhan KDNK Malaysia 7 peratus – Tengku Zafrul

IMF unjur pertumbuhan KDNK Malaysia 7 peratus – Tengku Zafrul

Infografik ringkas kedudukan Malaysia berdasarkan unjuran pertumbuhan KDNK bagi 2021 oleh IMF.

KUALA LUMPUR – Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah meletakkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) malaysia tahun ini sebanyak tujuh peratus.

Ia berada di tangga ketiga dunia selepas India (11.5%) dan China (8.1%), kata Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.

“Menurut IMF, unjuran ini disokong oleh faktor permintaan domestik dan luar negara serta kesediaan program vaksinasi yang akan bermula Mac 2021,” katanya dalam kenyataan di media sosialnya.⠀
⠀⠀⠀
Oleh itu, menurut Tengku Zafrul, semua pihak haruslah terus berusaha untuk flatten the curve bagi merealisasikan unjuran ini.

“Teruskan mengamalkan SOP seperti yang telah dinasihatkan oleh KKM. InsyaAllah, usaha kita pasti akan membuahkan hasil,” katanya lagi.- MalaysiaGazette⠀