Home Utama Covid-19: 5,298 kes positif, 14 kematian

Covid-19: 5,298 kes positif, 14 kematian

Director-General of Health Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. PIX: MalaysiaGazette Covid-19 new cases Covid-19 deaths Covid-19 clusters education
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. PIX: MalaysiaGazette

KUALA LUMPUR – Sebanyak 5,298 kes positif baharu Covid-19 direkodkan untuk tempoh 24 jam sehingga pukul 12 tengahari, melepasi 5,000 kes untuk tiga hari berturut-turut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Hisham Abdullah berkata, jumlah keseluruhan kes Covid-19 meningkat kepada 214,959 kes setakat ini.

Jelasnya, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula sebanyak 48,150 kes.

Tambah beliau, sebanyak 313 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 127 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Hari ini jumlah kes Covid-19 yang sembuh ialah 4,522 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya adalah 166,049.

“Daripada jumlah kes baharu terdapat 3 kes import yang mendapat jangkitan luar negara manakala penularan Covid-19 dalam negara pula adalah 5,295 kes ,” katanya dalam kenyataan media harian sebentar tadi.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan 14 kes kematian Covid-19 dengan jumlah kumulatif sebanyak 760 atau 0.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. – MalaysiaGazette