Home Sukan Gol berganda Salah bantu Liverpool jinakkan West Ham

Gol berganda Salah bantu Liverpool jinakkan West Ham

Mohamed Salah membuka jaringan dalam aksi menang Liga Perdana Inggeris menentang the Hammers awal pagi tadi.

LONDON – Dua gol Mohamed Salah membantu Liverpool menewaskan  West Ham United 3-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) malam tadi.

Kemenangan itu membolehkan pasukan kendalian Jurgen Klopp melonjak ke tangga ketiga liga, satu mata di belakang Manchester United.

Kedua-dua pasukan terikat seri tanpa jaringan pada separuh masa pertama.

Namun Salah menamatkan kebuntuan dengan membuka jaringan 12 minit selepas perlawanan disambung semula.

Liverpool terus menguasai permainan dan menjarakkan jurang jaringan pada minit ke-68 menerusi pemain yang sama sebelum Georginio Wijnaldum menjaringkan gol ketiga pada minit ke-84.

Gol saguhati tuan rumah menerusi Craig Dawson ketika perlawanan berbaki tiga minit. – MalaysiaGazette