KUALA LUMPUR – Kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu menyegerakan siasatan dan pendakwaan kepada individu-individu yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam tragedi yang menyebabkan kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim tiga tahun lalu.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki berkata, ini kerana insiden tersebut bermula dengan kenyataan V. Ganabatirau (Exco DAP Selangor) pada sebelah pagi berhubung kejadian pergaduhan gengster yang diupah pemaju dengan pemilik kuil.
Ganabatirau telah melakukan hasutan menerusi Facebook beliau, mendakwa orang Islam menyerang Kuil Sri Mariaman Seafield.
Kemudian sebelah tengah hari, katanya, Menteri-Menteri India Pakatan Harapan (PH) pula membuat kenyataan bersama di Parlimen meragui tindakan polis yang kononnya tidak mampu mengawal keselamatan susulan insiden itu.
“Kerajaan PH hari ini harus segerakan sisatan dan pendakwaan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam tragedi menyayat hari hingga terbunuhnya anggota bomba Arwah Adib,” katanya di sini.
Asyraf mengulas tulisan memoir bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas yang mendakwa polis telah menjalankan siasatan dengan penuh hati-hati dan teliti pada hari-hari selepas Adib mengalami kecederaannya semasa rusuhan di luar Kuil USJ Seafield Sri Maha Mariamman pada bulan November 2018.
Katanya, walaupun pada masa itu ramai yang mendakwa Adib dicederakan perusuh, polis mendapati tiada unsur perbuatan khianat.
Untuk rekod, kenyataan bersama itu dibuat oleh M. Kulasegaran (bekas Menteri Sumber Manusia), P. Waytha Moorthy (bekas Menteri Perpaduan), Gobind Singh Deo (bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia) dan Xavier Jayakumar (bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli).
Asyraf mendakwa, susulan kenyataan yang dibuat oleh bekas menteri-menteri berkenaan, akhirnya pada malam kedua 10,000 orang India keluar dengan perasaan marah untuk mempertahankan Kuil Sri Mariaman sehingga berlakunya tragedi pembunuhan Arwah Adib.
Soal Asyraf: “Kenapa tidak siasat dan dakwa YB-YB DAP yang terawal cetuskan dan bangkitkan kemarahan kaum India beragama Hindu?”. – MalaysiaGazette
Ini aku setuju. Jelas2 exco tu tulis Muslim serang kuil. Lepas tu padam dan tukar. Lepasss begitu sahaja sbb masa tu kerajaan PH jaga kawan.
Skang patutnya boleh start tindakan.
keling-keling DAPIGS dan sekutunya hanya nampak dn londehkan kesalahan MB SANUSI. isu KUIL Haram dan Thaipusam menyerang sehabisnya…tetapi SENYAP bila KELING RAMASAMY akur perarakan tidak dibenarkan diPPinang SERTA di BATU caves…takut MAMPUS ditelan DEWA /berhala COVID.
Ko tnya yiddin la… Dia men3 kDN msa tu skrg piem…apa dia buat msa tu…knpa nk salhkn ph.. Skrg ph x der kuasa.. Kuasa skrng kt pn… So siasat lh….
Apa yg di buat oleh menteri KDN, please find the root cause not finger pointing. RCI sudah buat apa yg nak bising??? Let higher authority handle this.