Home Utama Rasuah: KSU KKLW, dua anaknya direman tujuh hari

Rasuah: KSU KKLW, dua anaknya direman tujuh hari

Individu yang dipercayai KSU Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Mohd Arif Ab Rahman (tengah) dibawa keluar oleh pegawai SPRM selepas mendapatkan perintah reman 7 hari di Mahkamah Majistret, Istana Kehakiman Putrajaya. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 05 JANUARI 2017.

PUTRAJAYA- Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Mohd. Arif Abd. Rahman bersama dua anak lelakinya ditahan reman selama tujuh hari di Mahkamah Majistret membantu siasatan disyaki terlibat dalam kes rasuah.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mendapatkan perintah reman hari ini sehingga 11 Januari 2017 untuk menyiasat ketiga-tiga saspek.

KSU yang berusia 59 tahun itu dipercayai telah menyalahgunakan kuasa jawatan dan kedudukannya dengan menerima rasuah daripada mereka yang berkepentingan, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki di sini semalam.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Ahmad Akram Gharib berkata, perintah reman selama tujuh hari dibenarkan oleh Majistret, Nik Ishafanie Tasnim Wan Ab. Rahman kira-kira pukul 10 pagi tadi.

“Mahkamah Majistret telah benarkan reman tujuh hari sehingga 11 Januari ini untuk ketiga-tiga mereka (saspek). Kita buat satu permohonan reman untuk ketiga-tiga sekali sebentar tadi,” katanya ketika ditemui.

Mereka akan disiasat dibawah Seksyen 117 Kanun Tatatertib Jenayah dan juga akan disiasat mengikut Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009, katanya.

“Kami belum pasti sama ada akan meneruskan reman dilanjutkan, kena lihat proses siasatan nanti.

“Saya datang untuk mewakili pegawai penyiasat untuk mendapatkan reman hari ini, mereka KSU itu ditahan di kediamannya di USJ, Subang 8 pagi semalam dibawa bersama dua lagi suspek dipercayai anak lelakinya sekitar pukul 9.40 pagi ke Mahkamah Majistret, Istana Kehakiman Putrajaya,” kata Mohd. Akram.

Mereka bertiga berpakaian baju lokap berwarna oren dan menutup mukanya dengan baju berjalur bagi mengelak daripada dirakam lensa kamera wakil media di lobi pekarangan mahkamah.

Selepas kira-kira 25 minit iaitu sekitar 10.05 pagi, ketiga-tiga suspek dibawa keluar oleh tiga penyiasat SPTRM sebelum menaiki kenderaan SPRM.

Dalam tangkapan semalam, beg-beg tangan pelbagai jenama antara barangan bernilai RM3 juta dirampas SPRM.

Tiga individu yang dipercayai KSU Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Mohd Arif Ab Rahman (tengah) dan dua anaknya dibawa keluar oleh pegawai SPRM selepas mendapatkan perintah reman 7 hari di Mahkamah Majistret, Istana Kehakiman Putrajaya. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 05 JANUARI 2017.
Tiga individu yang dipercayai KSU Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Mohd Arif Ab Rahman (tengah) dan dua anaknya dibawa keluar oleh pegawai SPRM selepas mendapatkan perintah reman 7 hari di Mahkamah Majistret, Istana Kehakiman Putrajaya. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 05 JANUARI 2017.

SPRM turut merampas dan menyita wang tunai dan jongkong emas, beg tangan dan barang hiasan bernilai kira-kira RM3 juta selain Pasport dan beberapa buku akaun juga dirampas.

Manakala lelaki yang berusia 29 tahun itu pula dipercayai berperanan menerima serta menyimpan wang hasil rasuah daripada kontraktor, pembekal dan vendor yang mempunyai kepentingan dengan KSU terbabit. – MalaysiaGazette