
KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menutup sementara semua kaunter perkhidmatan di Pejabat KWSP di Negeri Pahang mulai 4 Februari sehingga 14 Februari 2021 selaras dengan pengumuman arahan penangguhan
urusan kaunter perkhidmatan pelanggan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang bertarikh 2 Februari 2021.
Pejabat-pejabat KWSP Negeri Pahang yang terlibat dengan penutupan sementara ini adalah KWSP Kuantan, Pekan, Temerloh, Raub dan Jerantut.
Ketika tempoh ini, ahli adalah dinasihatkan untuk melaksanakan transaksi bagi perkhidmatan tertentu secara dalam talian melalui i-Akaun atau menjadualkan semula urusan mereka melalui Janji Temu Online jika ada keperluan untuk hadir ke Pejabat KWSP.
KWSP juga telah mengambil langkah perlu untuk menjaga kesihatan dan keselamatan anggota dan orang ramai. Semua Pejabat KWSP akan tetap mengamalkan penjarakan fizikal dan SOP pencegahan yang lain untuk membendung penularan wabak Covid-19.
Sekiranya ahli ingin mendapatkan penjelasan lanjut, mereka boleh hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000 atau rujuk kepada laman web KWSP di www.kwsp.gov.my = MalaysiaGazette