WASHINGTON – NASA mahu angkasawan mendarat di Marikh bagi mencapai matlamat ke planet merah, namun jaraknya antara bumi adalah sekitar 140 juta batu.
Jika perkara ini dapat dilaksanakan, ia mungkin akan menjadi kejayaan terbesar buat NASA.
NASA berkata, Marikh adalah lebih sejuk daripada Antartika dan kemungkinan tanpa oksigen.
“Semakin lama diperlukan angkasawan untuk sampai ke sana, semakin berisko untuk mereka tinggal lama disana.
“Maka, para saintis telah mencari alternatif lain dan bekerjasama dengan Syarikat Seattle Ultra Safe Nuclear Technologies (USNC-Tech) bagi mengurangkan perjalanan para angkasawan.
“Syarikat USNC-Tech telah mencipta enjin penggerak haba nuklear (NTP) yang dapat membawa manusia dari Bumi ke Marikh hanya dalam tiga bulan, katanya dalam siaran akhbar.
Menurut NASA, pada masa ini, perjalanan terpendek untuk kapal angkasa tanpa pemandu adalah tujuh bulan, namun misi yang dilancarkan ini dijangka memakan masa sekurang-kurangnya sembilan bulan.
Pengarah kejuruteraan USNC-Tech, Michael Eades berkata, roket berkuasa nuklear akan lebih kuat dan dua kali lebih efisien daripada enjin kimia yang digunakan hari ini yang bermaksud mereka dapat bergerak lebih jauh dan lebih cepat.
“Teknologi nuklear akan memperluaskan jangkauan manusia di luar orbit bumi rendah dan ke ruang dalam.
“Selain memungkinkan perjalanan ruang angkasa manusia, ini sekali gus dapat membuka ruang bagi peluang perniagaan galaksi, ujarnya kepada CNN. – MalaysiaGazette