Home Sukan Video gurauan terakhir Maradona

Video gurauan terakhir Maradona

Maradona bersama doktor peribadinya, Luque.

LONDON – Legenda bola sepak dunia, Diego Maradona sempat berjenaka menerusi satu video walaupun ketika itu dia  dalam keadaan lemah sebelum dia meninggal dunia pada 25 November lalu.

Menerusi video itu, Maradona kelihatan masih berbalut di kepala selepas menjalani pembedahan darah beku di otak.

Dia berkata mesej tersebut adalah untuk pemain bola sepak Argentina yang telah bersara dan mempunyai nama hampir sama dengan doktor peribadinya yang kontroversi, Leopoldo Luque.

“Saya okey walapun sakit. Anda tahu saya tidak suka beramah mesra tetapi apabila saya bersama orang baik, saya tiada masalah.’

Sambil menikmati sup bersama bekas teman wanitanya, Veronica Ojeda yang merakam video terbabit, dia berkata, ciuman untuk Luque.

Gurauan itu membuatkan Veronica ketawa.

Sementara itu, video tersebut dilaporkan dirakam beberapa hari sebelum dia meninggal dunia pada 25 November lalu.

Ia di saluran televisyen Chronicle yang menyifatkannya sebagai gurauan terakhir Maradona. – MalaysiaGazette