YANGON – Pemerintah tentera Myanmar memerintahkan capaian kepada Facebook dihadkan.
Kementerian Komunikasi dan Informasi Myanmar berkata, sekatan itu dilakukan untuk menstabilkan negara.
“Pada masa ini, ramai orang telah mengganggu kemampuan negara dengan menyebarkan berita palsu dan maklumat yang salah sehingga menyebabkan salah faham dalam kalangan pengguna Facebook,” katanya.
Penyedia Telekomunikasi, Telenor Asa juga telah mengesahkan pihak berkuasa mengeluarkan arahan supaya menyekat sementara capaian kepada Facebook.
“Kami telah memberitahu kepada semua pengguna bahawa laman Facebook tidak dapat diakses buat sementera waktu selaras dengan permintaan pemerintah.
“Kami akur walaupun ramai pendapat permintaan itu tidak selari dengan hak asasi antarabangsa,” ujarnya.
Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebelumnya menyatakan ucapan kebencian yang disiarkan di Facebook telah memainkan peranan penting dalam mendorong keganasan di Myanmar.
Permintaan untuk menyekat akses ke media sosial dianggap sudah terlambat untuk mengelakkan penipuan dan ucapan kebencian di Myanmar.
Dalam masa sama, Facebook mengatakan, minggu ini pihaknya telah mengambil langkah sementara untuk menarik balik kandungan yang menyokong rampasan kuasa di Myanmar. -MalaysiaGazette