Home Nasional MAPIM selar sikap pemimpin India hina Nabi Muhammad

MAPIM selar sikap pemimpin India hina Nabi Muhammad

Mohd Azmi Abdul Hamid.

KUALA LUMPUR – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) membantah penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW oleh salah seorang wakil dalam Parti Bharatiya Janata (BJP).

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, pemimpin BJP, Kalyanaraman pada 31 Januari lalu di Tamilnadu, Mettupalayam, dengan sengaja menyampaikan ucapan, mengejek dan menyebarkan kepalsuan terhadap Nabi Muhammad SAW dalam ucapannya.

“Ucapan itu telah dirakam dalam sebuah video yang menjadi bukti provokasi terhadap Islam,” katanya dalam memorandum khas untuk Perdana Menteri India, Narendra Modi semalam.

Menurut Azmi, pihaknya tidak dapat menerima kerana perkara itu bukan kejadian pertama seumpamanya di mana Islam diserang di India semasa pemerintahan BJP.

“Pemerintah BJP telah menunjukkan agenda yang jelas untuk mempromosi ideologi Hindu yang menolak hidup harmoni dengan agama minoriti di India.

“Kami menyesal bahawa India kini mengambil jalan permusuhan dengan 200 juta umat Islam di India,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Azmi, sikap kumpulan ekstrimis Rashtriya Syawemsevak Sangh (RSS) yang mendokong BJP tidak akan bertahan sebagai pemerintah India jika meneruskan polisi berbahaya di tengah-tengah sebilangan besar minoriti beragama yang haknya diakui oleh undang-undang antarabangsa dan perlembagaan India.

“Bagaimanapun, diingatkan umat Islam di India tidak bersendirian  dan akan bersatu padu dengan saudara-saudaranya  sekiranya Islam diserang.

“Diharapkan anda mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang mengambil sikap kebencian terhadap Islam di khalayak ramai,” tegasnya.

Sementara itu, Azmi juga menyeru semua ahli politik dan masyarakat madani India untuk bersatu menentang kempen kebencian yang dilancarkan oleh RSS-BJP.

Menurutnya, rakyat India tidak boleh berkompromi dengan prinsip hak dan martabat semua kepercayaan tanpa mengira kelas dan bangsa.

“Oleh demikian, kami menyeru negara-negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk memperhatikan keadaan di India dan bersikap proaktif dalam mengawasi hubungan Muslim-Hindu di India yang semakin tegang,” ujarnya. -MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Kling ingat dewa dia lebih berkuasa dari allah taala. Padah hal dewa2 itu dari golongan jin syetan yang asalnya menyembah allah taala juga. Tapi golongan ini tidak ikhlas dalam ibadahnya. Lalu ia tersingkir dari kalangan malaikat yang ikhlas ubudiahnya

Comments are closed.