KUALA LUMPUR – Waris Allahyarham Tun Razak Hussien akan berbincang dan membuat keputusan sama ada mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas atau pun tidak.
Ini adalah berhubung isu buku terbaharu Tommy bertajuk My Story: Justice in Wilderness yang mendakwa rusuhan kaum pada 13 Mei tidak berlaku secara spontan sebaliknya telah dirancang terlebih dahulu.
Pada muka surat 27 buku itu, Tommy mendakwa tragedi itu merupakan salah satu agenda rampasan kuasa oleh Allahyarham Tun Abdul Razak.
Tak ada penyakit cari penyakit. Untong tak seberapa berbagai bala yang akan tiba