KUALA LUMPUR – Jumlah kematian akibat jangkitan Covid-19 pada Februari sudah mencecah 85 kes setakat hari ini.
Data terbaharu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan, jumlah kes kematian keseluruhan akibat wabak tersebut di Malaysia kini sudah mencecah sebanyak 845 kes.
Kes positif baharu jangkitan Covid-19 terus bertambah hari ini sebanyak 3,391 kes.
Daripada jumlah itu, 3,387 kes merupakan penularan tempatan manakala empat lagi adalah kes import.
Jumlah kes aktif pula adalah sebanyak 48,751 kes.
KKM turut memaklumkan, seramai 310 pesakit sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 134 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.
Jumlah kes sembuh yang direkodkan hari ini pula sebanyak 3,392 dengan jumlah kumulatif yang pulih daripada wabak itu adalah sebanyak 185,278 kes. – MalaysiaGazette
Para pesakit Covid-19 perlukan segera suntikan vaksin kebal dan bukannya alat pernafasan.