KUALA LUMPUR – ”Tu lah, jangan rasis! Asal Melayu, tak profesional!
”Dengar sangat cakap DAP,” sindir Tan Sri Shahrir Abdul Samad.
Veteran UMNO itu memulang paku buah keras kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini mengaku beliau melantik Tan Sri Tommy Thomas sebagai peguam negara semasa pentadbiran Pakatan Harapan walaupun sedar kemarahan orang Melayu.
Dr Mahathir yang menjawab dakwaan Tommy menerusi buku memoirnya berkata, sebelum beliau menjadi perdana menteri semula Tommy datang bersama Zainur Zakaria dan Ambiga Sreenevasan.
Dr Mahathir berkata, Zainur yang mencadangkan nama Tommy sebagai peguam negara.
Dalam tulisan berasingan di Facebooknya, Shahrir menyindir bekas perdana menteri itu dengan berkata: Tun M kata Melayu tak profesional untuk jadi Peguam Negara.
”Dilantiknya Tommy kerana dia bukan Melayu. Lagi tak profesional! Sekarang, Tun menyesal pula,” ujar beliau. – MalaysiaGazette
Macam lah otais2 tu sume suci dari dosa dan tak menyesal langsung..
Rasuah boleh ditangani dengan menaikkan cukai ke atas buruh warga asing menguntungkan ekonomi penjajah British.