KUALA LUMPUR – Ahli-ahli politik yang sengaja membesar-besarkan isu pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) ketat sambutan Tahun Baru Cina disifatkan seperti individu yang tidak waras.
Tindak-tanduk mereka itu bukan sahaja menjengkelkan tetapi tidak rasional ketika penularan jangkitan Covid-19 di negara ini sedang mengganas.
Prof. Datuk Dr Teo Kok Seong menegaskan, makan malam bersama yang diraikan oleh masyarakat Cina setiap kali sambutan Tahun Baru Cina merupakan satu adat sahaja, bukannya upacara keagamaan.
Oleh itu, tidak ada sebab untuk membuat bantahan besar-besaran sedangkan keselamatan keluarga sepatutnya menjadi keutamaan sekarang.
Beliau mendakwa pemimpin-pemimpin Cina dari parti pembangkang dan parti dalam Kerajaan Perikatan Nasional sengaja berbuat demikian untuk survival politik masing-masing.
Malah, beliau beranggapan pemimpin-pemimpin parti yang mempersoalkan pelaksanaan SOP ketat Tahun Baru Cina dengan kebenaran operasi pasar malam sebagai satu perbandingan bodoh.
“Pasar malam mempunyai keluasan ruang, yang mana SOP penjarakan fizikal boleh dipatuhi, selain operasi boleh dipantau oleh pihak berkuasa tempatan.
”Sedangkan makan besar di rumah, siapa yang hendak pantau?
“Saya mintalah kalau hendak memperjuangkan satu-satu isu lihatlah pada logiknya, jangan cepat melenting. Kalau mencanang-canangkan satu perkara yang tidak betul memang anda tidak waras,” katanya kepada MalaysiaGazette.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas rayuan pemimpin-pemimpin parti yang mewakili masyarakat Cina supaya SOP Tahun Baru Cina disemak semula oleh kerajaan.
Teo berkata, beliau amat terkilan apabila isu ini turut ‘didendangkan’ oleh parti dalam kerajaan yang sepatutnya bersatu hati menangani penularan wabak Covid-19 yang membawa maut.
“Kalau parti pembangkang, saya tahulah itu memang kerja mereka. Tapi kalau parti dalam kerajaan pun sama naik, itu amat memeranjatkan.
“Saya tidak faham kenapa mereka ini tidak faham mengenai normal baharu yang bermaksud amalan untuk sementara sahaja, bukan new norms.
“Yang buat saya tidak faham lagi ialah makan besar hanya satu budaya, langsung tidak ada unsur-unsur keagamaan,” ujar beliau.
Tambahnya, jika masyarakat India boleh bertolak-ansur untuk tidak menyambut Thaipusam – acara keagamaan, jadi mengapa SOP makan besar perlu diperbesar-besarkan.
“Orang Melayu pun tidak dibenarkan beramai-ramai menghadiri solat Jumaat walhal ia adalah solat fardhu lagi, pun boleh akur dengan arahan kerajaan.
”Nampak sangat orang Melayu dan India lebih waras, boleh berkompromi demi keselamatan dan kesejahteraan kesihatan.
“Satu lagi, individu yang meninggal dunia akibat Covid-19 juga langsung tidak dibenarkan untuk diziarah, walaupun anak kandung mereka. Ini pun diakur oleh keluarga si mati. Tidak malukah mahu perjuangkan isu makan malam secara berlebih-lebihan?,” soalnya lagi.
Beliau menambah, SOP ketat yang diumumkan kerajaan berhubung kunjungan ke tokong juga tidak salah kerana keluasan tokong terhad berbanding keluasan masjid yang dibina untuk solat berjemaah.
Di tokong, ujarnya, tiada konsep berjemaah sebab itu keluasannya terhad dan kalau pergi beramai-ramai boleh mengundang risiko penularan wabak.
Oleh itu, beliau berharap masyarakat Cina tidak terikut dengan rentak pemimpin politik dalam isu SOP Tahun Baru Cina kerana menjaga kesihatan adalah tanggungjawab sendiri.
“Kalau sakit tanggung sendiri, sakit pun sendiri. Jadi berfikirlah secara waras dalam segala tindakan yang diambil.
“Kepada pemimpin politik Cina, saya nasihatkan mereka agar wujudkan sikap negarawan dan bukannya berpolitik sepanjang masa sehingga gagal membezakan keselamatan dan kepentingan politik,” ujarnya sambil meminta kerajaan tidak mengubah SOP yang disediakan semata-mata untuk menampakkan golongan penentang sebagai hero. – MalaysiaGazette
Banyak lagi kan yg tak siuman, tak consider org lain, tak menjunjung rukun negara, paling sial tak paham dimana bumi dipijak disitu kau berak, kencing, mampus , jadi jgn nak besar kepla…
Raya puasa tahun lepas, nak sembahyang terawih dan Aidilditri di masjid pun tak dapat. Nak beraya pun limit. Untunglah orang Cina walaupun bukan majoriti suara kamu didengar oleh ahli politik Melayu dan juga cina.