Home Nasional Kecewa dengan SOP Tahun Baru Cina

Kecewa dengan SOP Tahun Baru Cina

Stella Ong bercakap ketika ditemubual mengenai isu larangan makan besar dan hadir ke tokong sempena perayaan Tahun Baru Cina yang bakal tiba di Jalan Desa Bakti, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 06 FEBRUARI 2021.

KUALA LUMPUR – Pengumuman kerajaan berkaitan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) sambutan Tahun Baru Cina yang lebih ketat tidak dapat diterima kaum Cina.

Mereka berpendapat adalah lebih baik dan logik seandainya kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang dilakukan pertama kali pada Mac tahun lalu berbanding terlalu banyak garis panduan baharu serta kelonggaran ketika ini.

Tinjauan MalaysiaGazette di sekitar ibu kota mendapati rata-rata mereka yang ditemui meluahkan rasa kecewa terhadap cara kerajaan memperkenalkan garis panduan yang tidak menentu.

Seorang tenaga pengajar dari Cheras, Stella Ong berkata, beliau terkilan dengan apa yang berlaku, lebih-lebih lagi ketika angka positif baharu harian  Covid-19 masih tidak surut.

“Ini bukan tentang Tahun Baru Cina lagi. Masyarakat Cina boleh terima hakikat jika tahun ini normanya lain sambutan juga dengan cara lain.

“Tapi apa yang buat saya geram, kecewa ialah dengan pengumuman kerajaan pada setiap masa berhubung kawalan penularan jangkitan Covid-19 ini. Kita semua memang bimbang.

“Tapi mengapa tidak buat sahaja lockdown betul-betul seperti dulu? Bukankah itu lebih baik dan ternyata telah memberikan kesan positif walaupun secara ekonominya kita menderita?

“Jika lockdown betul-betul, tidak ada orang yang akan marah sebenarnya. Saya geram, sedih dengan pengumuman SOP Tahun Baru Cina ini. Kalau PKP yang ketat sebelum ini, tidaklah kita terpaksa berpisah dengan keluarga seperti ini,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan sama ada adalah dengan menaikkan kompaun bermakna SOP diperketatkan.

Sivagami Sivalingam

Sivagami Sivalingam yang berketurunan campuran Cina dan India yang hilang kata-kata dan terkejut mengenai pengumuman itu memberitahu, SOP itu tidak melalui fasa kajian mendalam.

“Saya geram kerana kajian tidak dibuat terlebih dahulu, perarakan tanglung dan sebagainya tidak disambut masa Tahun Baru Cina, itu perkara simple, benda kedua, pasangan suami isteri tidak tinggal sama boleh rentas negeri, daerah.

“Tetapi pada masa sama, untuk keluarga berkumpul reunion pula tidak dibenar hanya keluarga duduk satu rumah. Saya faham kita kena sabar, tidak balik sambut tetapi SOP dilaksana itu kenalah standard dan adil,” katanya yang merupakan seorang peguam.

Berikutan itu, beliau menyarankan kerajaan membuat kajian sebelum mengumumkannya bagi mengelakkan pelaksanaan SOP tunggang terbalik.

Apple Tan

Sementara itu, bagi Apple Tan yang merupakan seorang Pengurus Akaun Digital menyifatkan SOP yang diumumkan itu sangat membebankan dan tidak adil.

“Kami kecewa sebenarnya, tiba-tiba tidak boleh melawat. Jika setakat lawat melawat dalam rumah sendiri, itu pun melawat mahupun menyambut Tan Baru Cina, adakah kamu faham apa itu Tahun Baru Cina?

“Maksud Tahun Baru Cina ialah melawat keluarga, makan malam bersama keluarga dan sebagainya,” ujarnya.

Beliau mencadangkan keajaan menarik balik pelaksanaan SOP itu dan menggantikannya dengan garis panduan yang lebih jelas.

Douglas Chee

Douglas Chee yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah pula menyifatkan kerajaan ‘menutup mata’ ketika merangka  kerajaan SOP.

Menurutnya, SOP itu tidak terperinci dan longgar selain kerajaan tidak faham apa yang dilakukannya. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Pada pandangan saya apa salahnya dibenarkan masyarakat Cina pulang berhari raya, makan malam tahun baru bersama keluarga dan kunjung mengunjung sesama keluarga. Jika mereka nak beribadat di kuil2 hadkan bilangan kepada 50 orang untuk satu sesi. Bukan pun hari hari mereka berpusu-pusu nak ke kuil.

    Yang penting HANYA MASYARAKAT CINA YANG MENYAMBUT TAHUN BARU SAHAJA DIBENARKAN UNTUK PULANG KE KAMPUNG HALAMAN MEREKA.

    PADA YANG LAIN2 TU TAK PAYAH NAK MENYIBUK PULANG KE KAMPUNG ATAU NAK BERCUTI. DUDUK AJER DI RUMAH MASING2.

    #KITA JAGA KITA/KITA HORMAT SESAMA KITA.

Comments are closed.