KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Bhd (TNB) mengumumkan pelantikan Datuk Ir Baharin Din sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu.
Pelantikan beliau berkuatkuasa 1 Mac 2021.
Baharin akan mengambil alih tugas Datuk Seri Amir Hamzah Azizan yang akan meletak jawatan berkuat kuasa 28 Februari ini selepas menerima pelantikan baharu di Menteri Kewangan.
Susulan itu, Amir juga akan melepaskan jawatannya dalam anak-anak syarikat TNB.
”Baharin dilantik oleh pemegang saham khasnya iaitu Menteri Kewangan (Diperbadankan) sebagai presiden dan CEO dan Pengarah Eksekutif Bukan Bebas TNB selama tiga tahun berkuatkuasa dari 1 Mac 2021 hingga 29 Februari 2024,” kata TNB dalan notis kepada Bursa Malaysia.
Sebelum lantikan ini, Baharin merupakan Ketua Pegawai Rangkaian Pengedaran sejak tahun 2018. – MalaysiaGazette