Home Nasional Peniaga miliki lesen PBT layak mohon pinjaman asas NaDI -Amirudin

Peniaga miliki lesen PBT layak mohon pinjaman asas NaDI -Amirudin

Skim Niaga Darul Ehsan (NADI)

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari telah mengumumkan bahawa individu yang mempunyai lesen perniagaan dari pihak berkuasa tempatan (PBT) layak memohon Skim Niaga Darul Ehsan (NaDI).

 


 

KUALA LUMPUR – Individu yang mempunyai lesen perniagaan dari pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor layak memohon Skim Niaga Darul Ehsan (NaDI).

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, skim itu diwujudkan bagi membantu ekonomi negeri tersebut ketika pandemik Covid-19.

“Skim yang terbabit tidak menghadkan sebarang jenis perniagaan namun wajib mempunyai permit sah.

“Selain itu, pemohon juga mestilah berusia antara antara 18 hingga 60 tahun dan bermastautin di negeri ini.

“Langkah ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri membantu rakyat,” katanya ketika melancarkan NaDI dan Skim Pembiayaan Go Digital menerusi Facebook hari ini.

Menurut Amiruddin, menerusi Belanjawan Selangor 2021, NaDI memperuntukk RM10 juta bagi membantu peniaga mendapatkan pelan pinjaman minimum RM1,000.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan negeri menyasarkan 3,000 penerima NaDi terus berniaga dengan lesen penjaja sementara daripada PBT seluruh Selangor.

Mereka yang berminat untuk memohon boleh layari http://www.hijrahselangor.com atau pergi ke cawangan Hijrah (Yayasan Hijrah Selangor) berhampiran. – MalaysiaGazette