Home Nasional Sesi lawat penghuni penjara pada Tahun Baru China diganti dengan khidmat telefon...

Sesi lawat penghuni penjara pada Tahun Baru China diganti dengan khidmat telefon pra bayar

Logo Jabatan penjara Malaysia

KUALA LUMPUR – Sesi perjumpaan serta lawatan antara keluarga dan penghuni penjara di seluruh negara tidak akan dilaksanakan sepanjang sambutan Tahun Baru Cina kali ini.

Menurut kenyataan Jabatan Penjara Malaysia, sesi perjumpaan secara fizikal masih belum dapat dilaksanakan dan ia digantikan dengan perkhidmatan telefon pra bayar yang disediakan di seluruh institusi penjara.

“Pertimbangan ini dibuat dan dilakasanakan oleh jabatan ini sebagai salah satu langkah bagi mencegah penularan Covid-19.

“Kami memohon kerjasama semua pihak khususnya keluarga penghuni penjara atas segala kesulitan berhubung dengan perkara ini,” kata kenyataan itu.

Katanya, orang ramai yang mempunyai pertanyaan berhubung perkara tersebut boleh merujuk kepada institusi penjara terbabit. – MalaysiaGazette