MGNews : i-Sinar Tanpa Syarat, Kerajaan Dengar Keluh Kesah Rakyat

Cadangan kerajaan untuk memansuhkan syarat pengeluaran wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui kemudahan i-Sinar memberi nafas lega kepada rakyat yang terjejas akibat pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Meskipun berita gembira itu agak lewat diumumkan kerajaan dan ia dilonggarkan ketika rakyat sedang menjalani PKP 2.0, namun sedikit banyak dapat membantu rakyat yang kehilangan pekerjaan dan terjejas pendapatan.