KUALA LUMPUR – Nama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun tiba-tiba menjadi trending di media sosial sejak awal minggu lalu.
Sampaikan netizen yang tidak mengenalinya sebelum ini kagum dengan penampilan baharunya dengan fizikal tubuh semakin langsing berbanding ketika mula menjadi menteri Kabinet dua tahun lalu.
Tidak dapat dinafikan, gambar beliau menggayakan baju kurung Pahang berwarna biru turut mendapat perhatian netizen yang rata-rata merasakan busana itu menyerlahkan lagi penampilannya sebagai wanita yang elegan dan anggun.
Man atau nama sebenarnya Othman Abdullah memberitahu, dia diperkenalkan kepada Rina oleh Saidatulnisa yang juga kakak kepada penyanyi Ella baru-baru ini selepas menteri itu menyatakan minat untuk memakai rekaannya.
“Alhamdulilah settle kerja utk YB @rinaharunofficial utk profile beliau tq having me bersama makeup artis@saidatulnisaaminuddin foto cantik letup nanti drp @blackpepperproduction nantikan hasil kerja kami yg mengubah sisi anggun YB,” tulis Man Kajang di Facebook miliknya. – MalaysiaGazette
jir..
dia ni nak jadi menteri ke jadi model????
Ok je, janji deliver . Jgn tua2 pun alignment dah lari, otak lembab lagi nak bertanding .. jalan daa…