MELBOURNE – Juara bertahan, Novak Djokovic mengharungi ujian getir melibatkan tahap kecergasannya sebelum berjaya melangkah ke pusingan suku akhir Tenis Terbuka Australia.
Namun jaguh rangking nombor tiga dunia dari Austria Dominic Thiem pula gagal mara ke suku akhir selepas disekat jaguh Bulgaria, Dimitrov dengan straight set 6-4 6-4 6-0.
Djokovic selaku pemain nombor satu dunia telah bergelut dengan kecederaan abdomen semasa aksi pada Jumaat lalu.
Namun di sebalik kecederaan abdomen, pemain Serbia berusia 33 tahun itu berjaya menahan kesakitan itu dan menundukkan Milos Raonic dalam empat set.
Juara bertahan sebanyak lapan kali itu menang 7-6(7-4) 4-6 6-1 6-4.
“Saya tak pasti sama ada saya mampu meneruskan aksi atau tidak kerana mengalami kecederaan di abdomen dan mengalami kesakitan secara berkala.
“Namun saya berharap kesakitan itu kembali pulih dalam masa sehari dua ini.
“Kalaulah ia bukan Grand Slam saya sudah lama bersara, oleh kerana ia merupakan GRand Slam Terbuka Australia saya perlu menang setiap pusingan.
“Jurulatih fisioterapi saya banyak membantu dan bersama saya sepanjang perlawanan dalam temasya kali ini,” katanya.-MalaysiaGazette