TOKYO – Harga minyak ke paras tertinggi dalam tempoh lebih setahun pada hari Isnin, selepas pasukan tentera sekutu yang bertempur di Yaman berkata, pihaknya telah memintas dron yang dibedil oleh pemberontak Houthi telah meningkatkan kebimbangan ketegangan di Timur Tengah.
Harapan untuk lebih banyak rangsangan Amerika Syarikat (AS) dan pelonggaran sekatan pergerakan membantu menyokong kenaikan, setelah harga meningkat sekitar 5.0 peratus minggu lalu.
Minyak mentah Brent naik AS$0.66 atau 1.1%, pada AS$63.09 setong pada 0004 GMT, setelah naik kepada sesi tertinggi AS$ 63.44, tertinggi sejak 22 Januari 2020.
Niaga hadapan West Texas Intermediate (WTI) bertambah sebanyak AS$0.86 atau 1.5% kepada AS$60.33 setong – mencecah tertinggi sejak 8 Januari tahun lalu kepada AS$60.77 pada sesi lebih awal.
Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) A.S. naik 86 sen, atau 1.5%, kepada $ 60.33 setong. Ia mencecah paras tertinggi sejak 8 Januari tahun lalu iaitu $ 60.77 pada awal sesi.
“Kenaikan awal harga minyak di pasaran dipacu oleh berita itu (pintasan dron),” kata Kazuhiko Saito, Ketua Penganalisis Broker Komoditi Fujitomi Co. – MalaysiaGazette