KUALA LUMPUR – Kemungkinan berlaku kerjasama antara DAP dan UMNO adalah sangat tipis, kata Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong.
Beliau yang juga Menteri Pengangkutan berkata, DAP selama ini kuat membidas UMNO, tetapi demi mempertahankan jawatan dan atas pertimbangan politik, parti itu telah memperkenalkan gabungan dengan UMNO selepas tertumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Perak.
Katanya, cadangan gabungan itu bagaimanapun telah ditolak oleh UMNO.
Menurutnya, Majlis Tertinggi UMNO telah menyatakan tidak bekerjasama dengan DAP atau Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Sesetengah orang dalam UMNO mungkin rasa sudah memadai kalau ada wakil kaum Cina, tetapi perjuangan UMNO dan DAP adalah berlainan.
“Mereka adalah musuh selama berdekad lamanya, DAP malahan berpendapat UMNO harus dihapuskan.
“Sekarang, mereka pula melihat UMNO sebagai satu harta dan perubahan ini tidak semesti mendapat persetujuan kaum Cina,” katanya seperti dipetik China Press.
Jelas Ka Siong, UMNO juga berpandangan negatif mengenai DAP termasuk apabila Timbalan Setiausaha Agung DAP, Nga Kor Ming berkata kerjasama UMNO dan Pas akan menyebabkan Malaysia menjadi seperti Taliban.
Menurutnya, Setiausha Agung DAP, Lim Guan Eng pula berkata kerjasama UMNO dan Pas bagaikan isyarat perang ke atas kaum bukan Muslim. – MalaysiaGazette
hahahaha tapi kalau pemimpin yang terdakwa amsih ada di atas maka kemungkinan utk bergabung adalah besar..kecuali mereka yang mempimpin UMNO terdiri dari mereka yang bersih dari segala macam pendakwaan undang undang..
Ka Siong, kenapa takut gabungan UMNO/DAP?? Takut MCA akan Di tendang keluar? Sbb MCA tak buat kerja, asyik main politik dan but kacau saja.
Nama parti tak salah, yg mentakbir parti itu yg tak guna. Main politik sampai kucar kacir seluruh parti. Skrg bukan main politik dan berrasuah. Kita dalam abad 21. Rakyat dah penat dengan rasuah dan politik kaum. Parti yg boleh mentakbir dgn baik akan di pilih. So jangan jadi sejarah mcm MCA. UMNO perlu org macam PM1 dan PM2, berjasa kepada rakyat dan negara bukan sbb rasuah satu parti jadi tak relevan.