Saksi ke-10 kes berprofil tinggi membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disoal ‘bertalu-talu’ oleh peguam bela ketika sesi soal balas hari ini.
Walaupun ada kalanya soalan daripada Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah agak kontroversi namun saksinya, bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Mohd Hazem Abd Rahman masih lagi kelihatan ‘tenang’ menjawab.
Ketika sesi soal balas hari ini, Shafee banyak menumpukan perhatian kepada penglibatan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low dalam pengurusan tertinggi serta kewangan 1MDB syarikat itu.