Home Seni Hidup Sudah ada kekasih, tarikh nikah terserah pihak lelaki – Kilafairy

Sudah ada kekasih, tarikh nikah terserah pihak lelaki – Kilafairy

Kilafairy.

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelakon, Kilafairy mengakui sudah mempunyai kekasih yang sejiwa dengannya namun tidak mahu mengulas mengenai perancangan untuk mendirikan rumahtangga.

“Hal begini saya serahkan kepada pihak lelaki. Takut nanti saya rancang-rancang tak jadi pula. Saya pun tak tahu sama ada tarikhnya akan berlangsung bila dan lebih suka ikut arus,” katanya.

Menurut Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan  itu sudah 10 tahun mengenali pasangannya.

Mengulas perkembangan seni pula, Kilafairy akan tampil dengan single terbaru berjudul Ratu yang berkonsepkan pop.

“Namun tajuknya belum pasti dan masih dalam perbincangan. Ia diuruskan oleh pengurusan saya iaitu Paranormal Records. Setakat ini saya dah mempunyai tiga single dan selebihnya berkolaborasi dengan penyanyi lain,” ujarnya.

Sementara itu, atas dasar prihatin, Kilafairy mengajak masyarakat berniaga tanpa modal dalam keadaan ramai individu yang hilang pekerjaan akibat pandemik Covid-19 melalui skim dropship tanpa modal.

Skim itu melibatkan kerjasamanya dengan pengasas produk kecantikan, UFORA, Supia Saupi.

Jelas wanita berusia 29 tahun ini, mereka yang berminat kini boleh berniaga tanpa perlu mengeluarkan perbelanjaan.

“Tidak kira jantina semuanya boleh turut serta. Sesiapa yang berangan nak berniaga tapi tiada duit atau modal, inilah jalan terbaik untuk merealisasikan impian itu.

“Kami amat menggalakkan penyertaan mereka. Kami memang berhasrat nak membantu. Saya sendiri begitu bersimpati dengan mereka yang hilang kerja atau dipotong gaji,” katanya.

Pelancaran produk dan Skim Dropship Tanpa Modal berjudul UFORA X KILAFAIRY dibuar di Facebook Live UFORA HQ, baru-baru ini.

Kata anak kepada penyanyi veteran, Rohana Jalil itu, UFORA menggunakan namanya untuk membantu golongan yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

“Apapun produknya memang meletup dan sangat bagus dan senang nak jual. Jadi tolonglah cuba dahulu. Untuk permulaan kerjasama kami akan berjalan dalam tempoh dua bulan. Buat masa ini kami akan test market terlebih dahulu.

“Namun saya difahamkan mereka berminat nak sambung lagi untuk tempoh tertentu. Apapun yang bekerja secara profesional melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin.

“Saya pun nak bantu UFORA dan orang-orang diluar sana. Apa yang saya boleh buat ialah push produk ini untuk bagi orang cuba, orang suka dan beli. Jadi yang berniaga dengan UFORA akan dapat jual produk dengan mudah dan mendatangkan keuntungan,” katanya.- MalaysiaGazette