Orang awam dinasihatkan agar mendapat pandangan dan maklumat sahih berkaitan vaksin Covid-19 daripada pakar.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang menegaskan perkara itu berkata, setiap perkara dilaksanakan Kementerian Kesihatan (KKM) berkaitan Covid-19 adalah berlandaskan bukti saintifik termasuk melihat kajian fasa ketiga setiap vaksin yang mahu mendapat kelulusan bersyarat.