Home Dunia Penjara berkeselamatan tinggi dibakar banduan

Penjara berkeselamatan tinggi dibakar banduan

Penjara Camp Street di Guyana yang dibakar oleh banduan.foto Agensi

GEORGETOWN – Para banduan membakar penjara berkeselamatan tinggi di Guyana, memusnahkan sebahagian besar bangunan tersebut.

Malah, berlaku tembak menembak antara banduan serta polis dan tentera.

Seorang pegawai keselamatan dilaporkan terbunuh.

Menteri Awam, Khemraj Ramjattan berkata, pasukan keselamatan berjaya mengawal penjara itu semula tetapi pasukan bomba masih mengawal kebakaran.

Presiden David Granger kemudian melaporkan seorang pegawai meninggal dunia di Hospital Georgetown ketika dirawat dengan luka tembakan di dada.

Beliau berkata, jumlah mangsa yang mengalami kecederaan belum dapat dipastikan.

“Mesti ada kerana ia melibatkan kes kebakaran,” katanya.

Ramjattan berkata, pegawai sedang menyiasat punca pergolakan di penjara Camp Street.

“Kami telah mendengar berlaku masalah tetapi kami tidak mahu khabar angin,” katanya.

Beliau berkata, rancangan sedang dibuat untuk memindahkan tahanan di tempat lain.

“Mengeluarkan tahanan dengan kawalan adalah paling penting. Kejadian yang berlaku ini sangat malang, “katanya.

Tahun lalu, seramai 17 penghuni mati akibat terperangkap dalam sel-sel mereka ketika kebakaran yang dicetuskan oleh banduan kerana membantah keadaan di penjara dan kelewatan dalam menunggu perbicaraan. – MalaysiaGazette