Home Nasional Batu penghadang akan dibuka apabila rentas daerah dibenarkan – Polis

Batu penghadang akan dibuka apabila rentas daerah dibenarkan – Polis

Asisten Komisioner Arifai Tarawe.

GOMBAK – Batu penghadang sempadan yang didirikan di KM 20, Jalan Rawang – Sg Choh akan hanya dibuka apabila rentasi sempadan daerah dibenarkan semula,” kata Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe.

Beliau mengulas mengenao gambar beberapa orang mengusung sebuah keranda bagi
melepasi batu penghadang jalan yang didirikan di sempadan tersebut.

Gambar itu  viral melalui media sosial Facebook https://www.facebook.com/167047123315520/posts/4005293539490840/

Menurutnya, sebelum ini gambar kejadian sama ditularkan dalam media sosial pada 30 Januari 2021 dan pada 3 Februari 2021.

Kata beliau, batu penghadang tersebut dipasang pada 13 Januari 2021 di sempadan daerah Gombak dan Hulu Selangor apabila PKP 2.0 dilaksanakan.

Ia bertujuan menyekat pergerakan rentas daerah di kawasan tersebut dan salah satu inisiatif memutuskan rantaian jangkitan Covid 19 dan pengguna jalan raya telah dimaklumkan jalan alternatif iaitu Rawang bypass,” kata beliau dalam kenyataan media sebentar tadi.

Artikel berkaitan: Akibat PKP jenazah terpaksa diusung lalu pagar batu

Katanya, batu penghadang yang sama juga pernah didirikan di lokasi tersebut pada PKP 1.0 dan telah dibuka semula apabila PKP Bersyarat telah dilaksanakan.

“Oleh demikian orang ramai diminta bekerjasama dan bersabar sedikit dalam situasi sukar ini,” ujarnya .- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Kalau berkait hal behini selalunya pelbagai alasan diberikan dan ini memberi tanggapan yg tidak baik kepada kerajaan kerana masyarakat akan menyalahkan kerajaan walaupun ada kelemahan agensi kerjaan.

Comments are closed.