KUALA LUMPUR – Parti Gerakan mengecam tindakan segelintir Ahli Parlimen dari negara ASEAN yang sengaja campur tangan urusan negara.
Presiden Parti Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau menegaskan tindakan tersebut telah membelakangkan semangat penubuhan ASEAN dan prinsip tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara-negara anggota yang terdapat dalam piagam ASEAN.
“Apa yang menyedihkan, adanya Ahli Parlimen dari puak pembangkang yang sengaja membenarkan campur tangan kuasa asing dan mencemarkan kedaulatan negara. Ia seolah-olah mempersoalkan kewibawaan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara yang memperkenankan Ordinan Darurat 2021.” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dominic berkata, menurut maklumat di laman web ASEAN Parlimentarian For Human Rights (APFHR), pengerusi pertubuhan itu adalah seorang ahli parlimen DAP.
Sekiranya ini benar, ia sangat mengecewakan, dan adalah perbuatan khianat dan derhaka.
“Malaysia merupakan sebuah negara yang berdaulat dan kita ada hak dan cara yang tersendiri untuk menangani sesuatu isu secara dalaman. Gesaan luar adalah kurang matang, dan pembangkang tidak sepatutnya menggunakan kuasa luar sebagai senjata menekankan institusi negara kita,” ujarnya.
Beliau juga berharap pembangkang membantu kerajaan dan sistem perkhidmatan awam dalam menghadapi pandemik Covid-19.
“Seluruh petugas barisan hadapan bertungkus lumus dalam memerangi pandemik ini. Sekarang bukan masa untuk berpolitik keterlaluan, semua pihak seharusnya bekerjasama menentang Covid-19,” katanya. – MalaysiaGazette
Waa..sejak jd geng abah diorg dh pandai bersuara ya…
Wah liau, DL sekarang baru buka mulut. Kena loteri ke?
Mereka takut nak kritik Myanmar, jadi mereka kritik Malaysia.