KUALA LUMPUR – Bekalan air di beberapa kawasan di Klang, Shah Alam dan Petaling yang terganggu akibat kejadian paip utama pecah di belakang tapak Kilang JVC, Seksyen 21, Shah Alam telah pulih sepenuhnya pada 10 pagi ini.
Pengurusan Air Selangor merakamkan penghargaan kepada semua pengguna yang bersabar sepanjang mengalami gangguan bekalan air di luar jangkaan itu. – MalaysiaGazette