KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia didakwa tidak menunjukkan prestasi seperti mana kebanyakan pasaran saham dunia pada awal tahun ini yang dipacu oleh pengedaran vaksin Covid-19 dan kemenangan Presiden Joe Biden.
Datuk Seri Najib Razak berkata, bursa tempatan menunjukkan prestasi yang sama sejak bulan lepas.
Baik dari segi prestasi permulaan tahun 2021 hingga kini atau untuk prestasi sejak lima lahun lepas, Bursa Malaysia antara bilangan sangat kecil dalam pasaran dunia yang merosot ketika yang lain semakin naik ke paras paling tinggi dalam sejarah.
”Kita merah manakala lain dalam dunia hijau,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.
Malah, Bursa Saham Malaysia masih antara paling corot dalam dunia untuk tahun 2021 setakat ini akibat pelaksanana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan darurat.
Indeks Bursa Malaysia masih 300 mata di bawah paras tertinggi dalam sejarah yang dicatat pada bulan April 2018 sebelum PRU14 walaupun pasaran-pasaran saham lain dalam dunia satu persatu catat paras paling tertinggi dalam sejarah masing-masing.
Bekas perdana menteri itu berkata, selepas PRU14, pelabur asing telah menarik keluar dana sekitar RM50 bilion daripada pasaran saham Malaysia.
Tahun lepas sahaja, hampir RM25 bilion ditarik keluar dari pasaran tempatan oleh pelabur asing – iaitu aliran keluar dana asing paling tinggi dalam ASEAN.
Sedangkan, negara-negara jiran seperti Thailand dan Indonesia menerima aliran masuk dana asing. – MalaysiaGazette
Sejak sekian lama saham asing bukan pribumi di tahap majority ekonomi yang parlimen gagal menjamin majority ekonomi untuk majority pribumi Melayu sepertimana termaktub dalam Kontrak Sosial dan hak perlembagaan keistimewaan Melayu.