Home Dunia Perdana Menteri Thailand terselamat daripada undi tidak percaya

Perdana Menteri Thailand terselamat daripada undi tidak percaya

Jen Prayuth Chan-ocha

BANGKOK – Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha dan sembilan menteri terselamat daripada undi tidak percaya di Parlimen selepas perbahasan menegur dilakukan selama empat hari, dengan demonstrasi yang memintanya disingkir diteruskan.

“Undi menunjukkan terdapat keyakinan,” kata Presiden Senat dam Dewan Perwakilan, Chuan Leekpai ketika mengumumkan keputusan yang telah dijangkakan, lapor Reuters.

Ahli politik pembangkang yang membidas kerajaan kerana kelewatan pelancaran vaksin koronavirus dan dasar-dasar ekonomi berikrar untuk terus melakukan siasatan.

“Kami telah membuka luka dan kini akan mencurahkan garam,” kata Ketua Move Forward Party, Pita Limjaroenrat kepada pemberita selepas undian itu.

Kejayaan kerajaan dicapai ketika bantahan pro-demokrasi kembali selepas ia berkurangan pada penularan gelombang kedua Covid-19.

Para penunjuk perasaan berkumpul di Parlimen semalam dan lebih banyak demonstrasi dirancang hari ini.

Pada awal bulan ini, penunjuk perasaan meminta aktivis yang bergelut dengan polis dibebaskan. – MalaysiaGazette