Home Dunia Suntik vaksin tak ikut senarai keutamaan, Menteri Kesihatan Argentina letak jawatan

Suntik vaksin tak ikut senarai keutamaan, Menteri Kesihatan Argentina letak jawatan

Gines Gonzales Garcia.-Gambar FB

BUENOS AIRES- Gara-gara didakwa memberi suntikan vaksin kepada mereka yang bukan di dalam senarai keutamaan, Menteri Kesihatan Argentina, Gines Gonzales Garcia terpaksa meletakkan jawatan.

Wartawan terkenal tempatan, Harocio Verbitsy mendakwa dia menghubungi Garcia untuk mendapatkan suntikan vaksin sebelum bersetuju menggunakan kedudukannya bagi memenuhi permintaan itu.

Garcia, merupakan Menteri Penyelaras Bagi Polisi Covid-19 Argentina.

Tindakan itu dianggap salah guna kuasa dan penyelewengan kerana suntikan diberi kepada individu yang bukan dalam senarai penerima diberi keutamaan.

Bagaimanapun Garcia mendakwa apa yang berlaku sebagai salah faham.- MalaysiaGazette