GENEVA – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meminta usaha segera dilakukan untuk menyelamatkan sekumpulan minoriti etnik Rohingya yang terkandas di laut dekat pantai Bangladesh.
Kapal mereka yang dipercayai tersangkut berhampiran Kepulauan Andaman dan Nicobar di India, setelah berlepas kira-kira 10 hari lalu telah kehabisan makanan dan air serta banyak penumpang sakit.
Beribu-ribu orang Rohingya dari Myanmar menyelamatkan diri ke negara-negara jiran selepas ditindas oleh tentera pada tahun 2017.
Kumpulan hak asasi manusia – The Arakan Project mendakwa sekurang-kurangnya lapan orang maut dalam kapal tersebut disebabkan dehidrasi.
Kapal berkenaan dianggar membawa 90 orang penumpang termasuk 65 wanita dan kanak-kanak perempuan.
“Mereka tiada minuman dan makanan yang tinggal, jadi mereka terpaksa minum air laut,” kata Pengarah The Arakan Project, Chris Lewa.
Menurutnya, kapal laut India yang melalui kawasan itu ada menyerahkan makanan dan minuman.
Agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, tindakan segera perlu dilakukan untuk menyelamatkan nyawa dan mengelakkan tragedi.
PBB berkata, lebih daripada 740,000 Rohingya telah menjadi pelarian di Bangladesh dengan kebanyakan mereka tinggal di kem-kem.
Sebahagiannya pula cuba memasuki Malaysia dan Indonesia dengan bot. – MalaysiaGazette
HAnya manusia yang berhati binatang yang membenci pelarian
Rohingya perlu berada dalam negara sendiri dan memperjuangkan hak mereka bukannya lari tanpa maruah.