Home Ekonomi PTPTN tawar Ganjaran Kesetiaan SSPN-i sebanyak 1%

PTPTN tawar Ganjaran Kesetiaan SSPN-i sebanyak 1%

Wan Saiful Wan Jan dan Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN bergambar bersama dengan replika Ganjaran Kesetiaan 1.0 peratus.

KUALA LUMPUR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)  melancarkan Ganjaran Kesetiaan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) pada kadar satu peratus kepada pendeposit-pendepositnya.

Ganjaran Kesetiaan ini adalah hadiah istimewa dan tanda penghargaan PTPTN kepada pendeposit yang membuat simpanan dalam jangka masa panjang.

Tahun ini merupakan tahun ketiga ganjaran tersebut diberikan kepada pendeposit setia SSPN-i.

Pengerusinya, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, ganjaran kesetiaan ini akan dinikmati oleh pendeposit SSPN-i yang membuat simpanan terkumpul dalam tempoh promosi dengan jumlah minimum sebanyak RM500.

“Tempoh promosi bermula hari ini hingga 30 April 2021 dan layak disertai oleh pendeposit yang membuka akaun SSPN-i sebelum tahun 2018.

“Ganjaran Kesetiaan SSPN-i yang diberikan sangat berbaloi sebagai pulangan tambahan selain dividen tahunan,” katanya ketika majlis pelancaran Ganjaran Kesetiaan SSPN-i 2021 dalam siaran Facebook Live di PTPTNOfficial.

Turut hadir, Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid.

Menurut PTPTNi, para pendeposit SSPN boleh membuat semakan dividen di penyata SSPN masing-masing melalui portal rasmi www.ptptn.gov.my mulai 26 Februari ini.

Bagi tahun 2021, PTPTN telah menetapkan sasaran sebanyak RM1.8 bilion kutipan deposit SSPN.

Penetapan sasaran ini berdasarkan pencapaian positif SSPN sepanjang tiga tahun berturut-turut sejak 2018 dan dipacu dengan pelbagai langkah proaktif dari aspek pengoperasian, pelaburan, pemasaran dan komunikasi strategik yang telah dirancang dan akan dilaksanakan sepanjang tahun ini.

Selain itu, SSPN bukan sekadar simpanan biasa, malah menawarkan pelbagai keistimewaan kepada seisi keluarga.

Ini termasuk pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000.00 setahun, Geran Sepadan sehingga RM10,000.00, pemberian dividen yang kompetitif dan paling menarik. – MalaysiaGazette