KUALA LUMPUR – Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menafikan laporan beberapa tajuk berita nakal yang telah menimbulkan ketegangan dengan rakan-rakan dalam UMNO.
Sebaliknya beliau berkata, apa yang beliau maksudkan adalah pertembungan tiga penjuru antara Bersatu, Pas dan UMNO dalam mana-mana pilihan raya akan merugikan semua pihak.
“Sebab itulah kerjasama adalah penting, maka harapan saya ialah UMNO dapat duduk semeja untuk teruskan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN),” katanya dalam hantaran terbaru di Facebook miliknya hari ini.
Semalam, Wan Ahmad Fayhsal mengingatkan UMNO supaya akur bahawa parti itu bukan lagi menjadi kuasa besar dalam politik negara.
Katanya, situasi politik pada masa kini menuntut semua parti bekerjasama memastikan agenda politik parti masing-masing dapat dijayakan.
Wan Ahmad Fayhsal juga mempertahankan kenyataannya bahawa realiti hari ini tiada parti politik yang dominan dan mana-mana pihak yang ingin mencapai majoriti dalam pilihan raya perlulah bergerak bersama.
“Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, rakyat Malaysia berhak tahu fakta yang benar, bukan imaginasi pihak ketiga.
“Saya seru agar laporan-laporan yang nakal dapat dibetulkan, terutamanya oleh Malay Mail,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
ni ke budak kuang hoja pegang pisang goreng dekat dekat dengan muka semlamber je tu??