Boleh Rentas Negeri Hantar Anak Ke Sekolah Tanpa Surat Polis #MGFlash

Ibu bapa yang perlu merentas negeri untuk menghantar anak ke sekolah pada 1 Mac ini, tidak perlu mendapatkan surat kebenaran polis.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka hanya perlu mengemukakan surat daripada pihak sekolah.