Pasukan polis Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang sudah bersiap sedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab mengawal ketat keselamatan vaksin Sinovac Covid-19.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, sekarang pasukannya diberi tugas baharu agak mencabar itu dan beliau optimis pasukannya sudah bersiap sepenuhnya bagi menjayakan misi tersebut sehingga kesemua lebih 30 juta rakyat selesai menerima vaksin menerusi Program Imunisasi Kebangsaan yang dimulakan secara rasmi 24 Februari lalu.