KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengenal pasti 10 lagi kluster baharu Covid-19.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu lapan adalah berkaitan tempat kerja manakala dua kluster lagi melibatkan komuniti.
Katanya, empat kluster baharu ditemui di Selangor, dua di Johor dan masing-masing satu di Sabah, Pulau Pinang, Kelantan dan Perak.
“Kluster-kluster baharu itu adalah Tapak Bina Persiaran Freesia, Teknologi Emas, Jalan Jenjarum, Bukit Putra, Simpang Tiga Muar, Jalan Mega Satu, Merotai Besar, Genting Terang, Kampung Telekong dan Kampung Columbia,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Noor Hisham memberitahu, terdapat 493 kluster aktif dengan jumlah pertambahan kes baharu hari ini iaitu di Kluster Jalan Changkat Jong (474 kes), Kluster Simpang Tiga Muar (55 kes) dan Kluster Tembok Tapah (54 kes).
Bagaimanapun beliau berkata, kerajaan hari ini memutuskan untuk menamatkan 16 lagi kluster iaitu Kluster Kompleks
Segamaha, Kluster Tapak Bina Lebuh Puteri, Kluster Tapak Bina Flora, Kluster Taman Batik, Kluster Jalan Tengar, Kluster Jalan Slim, Kluster Kejaya, Kluster Ladang Sebrang, Kluster Bukit Gelugor, Kluster Jalan Kota Burok, Kluster Keluli Tujuh, Kluster Kampung Tanah Merah, Kluster Jalan Empayar, Kluster Jalan
Bistari Dua, Kluster Pulau Lima, dan Kluster Jalan Rusa Scientex). – MalaysiaGazette