Kerajaan mengambil sikap untuk melaksanakan Program Imunisasi Kebangsaan 2021 secara sukarela, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Menteri penyelaras program itu berkata ia bagi menolak sebarang teori konspirasi yang akan timbul sekiranya kerajaan mewajibkan suntikan vaksin Covid-19 seperti negara jiran, Indonesia.