KUALA LUMPUR – QSR Brands (M) Holdings Bhd (QSR) melantik Tan Sri Jamaludin Ibrahim sebagai pengerusi berkuatkuasa 1 Mac ini.
Syarikat ini adalah pengendali makanan pertama dan satu-satunya yang bersepadu di Malaysia dan pemilik francais KFC bagi restoran di Malaysia, Singapura, Brunei, dan Kemboja.
Ia juga adalah pengendali restoran Pizza Hut di Malaysia dan Singapura.
Jamaludin adalah bekas Presiden dan Pengarah Urusan di Axiata Group Berhad selama 13 tahun sejak penubuhannya pada tahun 2008, telah bersara pada 31 Disember lalu.
Sebelum itu, beliau juga pernah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maxis Communications Berhad.
Jamaludin juga ahli Majlis Tindakan Ekonomi negara (EAC), juga menganggotai Majlis Ekonomi Digital nasional dan Revolusi Industri Keempat (4IR). – MalaysiaGazette