Monday, January 20, 2025
Home Nasional Covid-19: 9 lagi kluster dikesan, 3 tamat

Covid-19: 9 lagi kluster dikesan, 3 tamat

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah Covid-19 cases deaths Malaysia
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pastiĀ  sebanyak sembilan kluster baharu direkodkan hari ini menjadikan keseluruhannya 491 kluster yang aktif.
Menurut Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kesemua kluster terbabit melibatkan kluster tempat kerja di Johor, Selangor, Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang.
“Turut direkodkan Kluster Tapak Bina Bukit Kiara di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; dan Kluster Jalan Sungai Baong di Pulau Pinang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Dr Noor Hisham menambah, sebanyak tiga kluster disahkan tamat iaitu Kluster Jalan Rami Tiga, Kluster Lingkaran Maluri dan Kluster Sri Plentong menjadikan jumlah kluster yang tamat sebanyak 647 kluster.
Sehingga kini, sebanyak 1,138 kluster direkodkan di negara ini sejak Mac tahun lalu. – MalaysiaGazette