Home Dunia CDC syor vaksin Johnson & Johnson untuk 18 tahun ke atas

CDC syor vaksin Johnson & Johnson untuk 18 tahun ke atas

Gambar hiasan

WASHINGTON – Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) mengesyorkan vaksin Johnson & Johnson Covid-19 digunakan untuk warga Amerika berumur 18 tahun dan ke atas.

Ia merupakan pelepasan terakhir untuk vaksin setelah ia dibenarkan oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah AS (FDA ) pada Sabtu lalu.

Pengarah CDC, Rochelle Walensky telah menandatangani cadangan yang menyokong keselamatan dan keberkesanan vaksin COVID-19 Johnson & Johnson dan penggunaannya di seluruh negara.

“Cadangan rasmi CDC ini – yang mengikuti keputusan FDA pada hari Sabtu lalu untuk membenarkan penggunaan vaksin kecemasan – merupakan satu lagi kejayaan untuk menamatkan wabak tersebut,” kata Walensky dalam satu kenyataan.

Vaksin Covid-19 yang selamat dan berkesan ketiga ini datang pada ‘masa penting”, katanya.

Vaksin Johnson & Johnson Covid-19 hanya menawarkan satu dos.

Ia juga tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk dan boleh disimpan pada suku sejuk – jadi memudahkan pengangkutan dan penyimpanan.

Cadangan CDC itu muncul sehari selepas FDA membenarkan vaksin Covid-19 Johnson & Johnson digunakan untuk penggunaan kecemasan.

“Kebenaran vaksin ini meluaska ketersediaan vaksin, kaedah pencegahan perubatan terbaik untuk Covid-19, untuk membantu kita dalam memerangi wabak ini, yang telah meragut lebih dari setengah juta nyawa di Amerika Syarikat,” kata Janet Woodcock, pemangku pesuruhjaya FDA.

Kira-kira empat juta dos vaksin Johnson & Johnson akan dihantar seawal hari Isnin dengan 800,000 dijangka dihantar terus kepada farmasi, menurut syarikat vaksin itu. – MalaysiaGazette